KEPENTINGAN SIMPANAN KECEMASAN

 10 Jenis Tabung Ini Anak Muda Perlu Tahu, Untuk Simpanan Di Masa ...

SIMPANAN KECEMASAN perlu ada pada setiap individu. Ini merupakan hal penting dan ramai yang masih tidak mengambil peduli dengan simpan kecemasan mereka sendiri. Media melaporkan kajian Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu rakyat malaysia, hampir 75 peratus tidak mempunyai simpanan RM1,000.

KEPENTINGAN SIMPANAN KECEMASAN

Ini Tindakan Yang Anda Perlu Ambil Jika Majikan Enggan Bayar Gaji ...
*JIKA DIBUANG KERJA:-
Kita perlu ada sekurang -kurangnya 3 ke 6 bulan duit gaji kita untuk simpanan kecemasan.
Ini dapat menampung perbelanjaan kita sementara kita mencari kerja baru.


10 Tips Mudah Kumpul Duit Kahwin RM20,000
*KAHWIN:-
Dari sekarang kita perlu menyimpan duit untuk kahwin terutamanya kepada pemuda-pemuda sekarang yang baru bermula dalam bidang pekerjaan. Ini boleh diabaikan sekiranya korang memang jenis tak tahu malu suruh mak ayah juga yang tanggung kos korang kahwin. Hehehehe, bukan marah tapi pesan!!! Rate duit hantaran untuk perempuan sekarang sepuluh ribu paling cikai la...kalau sebulan nak simpan seratus pon tak lepas, kau tak payah la menggatal nak kahwin.


Tip Ni Untuk Korang Yang Serious Nak Beli Rumah!
*BELI RUMAH
 Bagi remaja, pemuda perlu ambil tahu hal ini. PENTING. Kebanyakan lepasan graduan, apabila mereka dapat kerja, benda yang mereka akan buat ialah beli kereta. Kereta nak yang mahal, Keluaran baru, geng geng Honda..hehehe. Sebenarnya tak salah nak beli kereta jika ia satu keperluan. jika tidak, bagi yang lelaki, beli je la motorsikal sebiji, untuk buat ulang alik pergi kerja.

Kenapa nak kena beli rumah dulu? ok kat sini nak cerita ni. Harga rumah makin lama makin naik, bukan macam kereta. Jadi, dari sekarang la kena buat simpanan untuk beli rumah. Mahal. Ye memang mahal, tapi kalau dari sekarang dah boleh simpan paling sikit 15% dari gaji pon kira ok la. 2 ke 3 tahun cukup la untuk buat bayar deposit rumah pertama.

Benda ni boleh korang abaikan jika korang memang nak duduk rumah sewa sampai mati, atau mak ayah korang dah waksiatkan korang berbiji biji rumah, atau memang nak duduk rumah mak ayah sampai ketua..hehehhe

Kelebihan rumah ni, kalau korang nak tahu korang boleh jana pendapatan dengan sewa kan rumah yang dibeli tu. Contoh bulan bulan bayar dekat bank RM500, korang sewakan rumah tu RM800 sebulan. Korang duduk rumah mak ayah, jadi setiap bulan korang akan dapat pendapatan tambahan RM300 hasil dari baki duit penyewa. Cukup habis bayar duit rumah tu, korang dapat rumah dan dapat pendapatan tambanhan sekali huhuuh.


5 Sebab PPBU Paling Ideal Kalau Nak Sambung Belajar Selain PTPTN
*KOS SAMBUNG BELAJAR
Saya ada seorang kawan, nak cerita sikit. Dia ni bagusnya, start tiggkatan empat dah berdikari. terakhir mak ayah dia bagi duit masa mula mula daftar bayar yuran nak start belajar (Tinggkatan 4). Lepas tu ayah dia pesan, ini terakhir ayah bagi duit poket, lepas ni kena cari sendiri. Jadi disebabkan kami duduk asrama, dia pula berniaga menggunting rambut pelajar asrama dengan harga sebanyak 3 ke 5 ringgit. Dengan duit tu la dia guna untuk bayar yuran semesta depan, dan beli barang belajar , buku rujukkan. Bila saya dapat tahu, terasa diri ini malu sangat sebab masa tu saya masih diberi duit poket oleh mak ayah saya sampai saya umur 20 tahun. Huhuuhuh, kawan saya tu beza 2 tahun lebih muda dari saya.

 Sekian dari Mr Chicken
Terima kasih



Comments